iklan responsive
Sebagaimana firman Allah, "... Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit masa lagi, supaya aku dapat bersedekah," (Surah al-Munafiqun: 10). Sedangkan dia tidak berkata, "Supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "Supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya."
Maka hendaklah kamu perbanyak sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah naungan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudara yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
Oleh kerana itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.
2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.
4. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana kehilangan sesuatu darinya (hari kiamat).
9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.
10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.
14. Orang yang suka berinfak adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.
17. Bersedekah memustajabkan doa dan menyelesaikan segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
Sumber: Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "KEAJAIBAN SEDEKAH! Kenapa Si Mati Lebih Memilih untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan ke Dunia?"
Post a Comment