iklan responsive
Pernah tak anda menyesal kerana tak lakukan sesuatu, dan anda harap anda boleh patah balik masa lalu? Mesti pernah kan? Ada yang nak patah balik masa sekolah, ada yang nak patah balik masa remaja. Apa pun yang anda buat, masa akan tetapi berdetik tanpa menunggu anda.
Apabila sudah terlambat, baru lah kita sedar kita tersilap tapi dah tak boleh nak patah balik. Jadi, sebelum anda menyesal di kemudian hari, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 8 perkara yang anda akan menyesal di kemudian hari jika dibiarkan.
1. Banyak buang masa.
Ini paling kerap dilakukan, membazir masa yang ada. Kebanyakan daripada kita menghabiskan masa dengan perkara yang tak berfaedah, daripada melakukan perkara yang membina. Kita tak akan sedar masa yang dibaziri itu amat berharga, sehinggalah ia sudah berlalu, sebagai contoh, terlalu banyak buang masa dengan permainan video.
Bagi orang yang sangat menghargai masa, mereka akan melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga masyarakat. Sekurang-kurangnya ia boleh menambahkan kualiti dalam hidup mereka. Selepas beberapa tahun, anda akan menyedari bahawa jika anda menggunakan masa yang dibazirkan, anda akan mendapatkan hasil.
2. Hidup dengan gaya tak sihat.
Ramai di antara kita yang mengalami pelbagai penyakit disebabkan hidup dengan gaya yang tak sihat. Tak payah cakap pasal penyakit yang serius seperti kencing manis dan sakit jantung, kita hanya lihat kepada obesiti. Oleh kerana gaya yang tak sihat seperti makan makanan segera, tak bersenam, merokok dan sebagainya.
Ya, jika anda makan fast food, anda tak akan gemuk serta merta, tapi selepas beberapa tahun, pasti anda akan dapat "hasilnya" iaitu menjadi gemuk. Dah ramai yang merungut dengan mengatakan, "Kalau dulu aku exercise/ work out, mesti badan aku dah cantik, tak gemuk macam sekarang". Itu belum cakap pasal sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
3. Tak pergi mengembara.
Wang dan masa sering dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak pergi mengembara, lebih-lebih lagi ke luar negara. Ramai yang beranggapan bahawa pergi berjalan ini memerlukan wang yang banyak, namun itu semua salah. Dengan perancangan yang betul, anda boleh mengembara dengan bajet yang rendah.
Ketika anda masih muda lah waktu yang paling sesuai untuk melihat negara orang dan menimba ilmu serta pengalaman. Bila anda dah berkeluarga, barulah nak pergi mengembara. Memang masih belum terlambat, tapi percayalah, semuanya dah tak akan sama. Jadi, sementara masa masih ada, pergilah mengembara.
4. Terlalu sibuk dengan kerja.
Disebabkan tekanan ekonomi sekarang yang semakin teruk, kebanyakan orang terlalu fokus mencari duit, seolah-olah dengan adanya banyak duit, mereka akan bahagia. There's more to life than just working. Apa gunanya ada duit banyak tetapi anda hilang masa anda dan tak dapat belanjakan dengan gembira.
Kerja itu penting, tetapi anda perlu imbangkan dengan perkara lain, seperti luangkan masa dengan keluarga dan berehat. Ingat, duit boleh cari, tapi masa yang berlalu tak akan dapat balik.
5. Berhenti belajar kemahiran.
Di zaman moden ini, kemahiran adalah satu perkara yang sangat berharga. Ketika mana semua orang mempunyai ijazah, kemahiranlah yang akan membezakan anda dengan orang lain. Ramai yang ambil mudah tentang perkara ini, sehinggalah ia sudah terlewat.
Kemahiran seperti berbahasa asing, antara salah satu yang sangat bernilai. Jika anda rasa anda sudah selesa menjadi seorang jurutera dan tak mahu belajar bahasa asing, mungkin satu hari nanti anda akan menyesal jika anda terlepas peluang bekerja di negara luar, contohnya seperti Jepun, kerana anda tidak tahu berbahasa Jepun. Belajar ja, tak rugi pun.
6. Bekerja di bidang yang anda tak suka.
Kita tak tahu sampai bila kita akan hidup, dan dengan melakukan perkara atau pekerjaan yang anda tak gembira, hanya menambahkan tekanan dalam hidup. Jangan paksa diri anda lakukan sesuatu yang anda tak suka, melainkan anda tak ada pilihan lain.
Jika anda tak gembira bekerja di bidang tersebut, cuba cari peluang lain yang mana anda rasa gembira dan tak tertekan. Bina balik kerjaya anda, semuanya masih belum terlambat. Cuma anda perlu berani menghadapi cabaran. Jika cabaran itu berbaloi, why not?
7. Berangan-angan tanpa tindakan.
Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Segala apa yang anda mahu, adalah munasabah. Bermula dengan angan-anganlah kemudiannya yang akan menjadi kenyataan, tapi tanpa tindakan, semua hanya tinggal angan-angan. Jangan tunggu masa yang sesuai dan sempurna, kerana anda tak tahu bila ia akan tiba.
Bertindaklah jika anda ingin mendapatkan sesuatu, kerana ia tak akan datang bergolek. Biar selambat mana pun, asalkan ada kemajuan. Orang putih cakap, "Slowly but surely". Jangan dah terlambat, baru anda menyesal, dan kemudiannya cakap "Kalau lah aku...".
8. Kurang luang masa dengan yang tersayang.
Kesibukan kerja anda bukanlah alasan untuk anda tidak luangkan masa dengan orang yang tersayang. Karier anda memang penting, tetapi yang lebih penting adalah orang tersayang. Tanpa orang tersayang, wang anda tak bernilai lagi. Jika anda masih mempunyai ibu bapa, atau anak, keraplah luangkan masa dengan mereka, kerana masa sedang berdetik.
Ibu bapa akan semakin tua, dan anak-anak akan semakin membesar. Tak guna jika anda sanggup berhenti kerja sekalipun jika ibu bapa anda sudah tiada, dan anak-anak anda sudah besar dan menjadi renggang.
tags : edukasi sibuk kerja banyak tidur menyesal banyak buang masa
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "8 Perkara Yang Pasti Anda Akan Menyesal Pada Masa Depan Jika Dibiarkan. No 4 Itu Ramai Yang Buat."
Post a Comment