loading...

KENAPA PERSETUBUHAN DUBUR HARAM? INI PERKARA YANG SUAMI ISTERI MESTI TAHU!



iklan responsive


Soalan:

Apakah hukum mendatangi (menyetubuhi) isteri pada duburnya? Atau melakukan persetubuhan saat isteri sedang haid atau nifas?

Jawapan:

Tidak boleh (haram) menyetubuhi perempuan pada duburnya atau saat dia sedang haid atau nifas. Perbuatan itu tergolong dalam dosa besar, merujuk kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Al-Baqarah 2:222) |

Dalam ayat ini Allah S.W.T menjelaskan kewajipan menghindari wanita dalam keadaan haid, sehingga mereka bersih dari haidnya. Hal ini bermaksud bahawa mendatangi mereka yang sedang haid atau nifas adalah dilarang. Jika mereka telah suci dengan cara mandi wajib, setelah itu baru dibenarkan bagi suaminya untuk menyetubuhinya sesuai dengan cara yang telah Allah S.W.T benarkan, iaitu menyetubuhinya pada kemaluan yang merupakan tempat bercucuk tanam. Manakala dubur, adalah bukan tempat bercucuk tanam tetapi tempat membuang najis. Oleh kerana itu, haram menyetubuhi isteri pada duburnya, kerana perbuatan itu menyebabkan dosa besar dan maksiat yang jelas dalam syariat yang suci ini. Imam Abu Dawud dan An-Nasaa’i meriwayatkan dari Nabi S.A.W berkata:

“Dilaknat, orang yang mendatangi perempuan pada duburnya.” (HR. Abu Dawud dan An-Nasaa’i)

Imam At-Turmidzi dan An-Nasaa’i meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Allah tidak akan memandang orang laki-laki yang bersetubuh dengan sesama laki-laki atau orang laki-laki yang menyetubuhi perempuan di duburnya.” (Sanad kedua hadis tersebut sahih).

Melakukan persetubuhan pada dubur adalah perbuatan liwat yang diharamkan bagi laki-laki dan perempuan, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengisahkan tentang kaum nabi Luth ‘alaihi wa sallam:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu..” (Qs. Al-‘Ankabut: 28)

Dan juga berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Allah S.W.T melaknat orang yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth.” Baginda S.A.W mengucapkannya sebanyak tiga kali. “(HR. Ahmad dengan sanad shahih)

Oleh kerana itu, seluruh umat islam mesti mengelakkan dari melakukan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T. Para suami harus menghindari perbuatan keji ini, sama juga para isteri perlu mengelakkannya dan tidak memberi jalan kepada suami mereka untuk melakukan kemungkaran yang besar ini, iaitu bersetubuh ketika haid dan nifas atau bersetubuh pada dubur.

Kita mohon kepada Allah S.W.T keselamatan buat umat islam dari segala perbuatan yang bertentangan dengan syariat-Nya yang suci ini.

Sumber: Fatwa Syaikh Bin Baaz Jilid 2, Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz, Pustaka at-Tibyan

Diterjemah dari konsultasisyariah.com

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "KENAPA PERSETUBUHAN DUBUR HARAM? INI PERKARA YANG SUAMI ISTERI MESTI TAHU!"

Post a Comment