loading...

Khas Untuk Kaum Lelaki! Lelaki Bertubuh Sasa Mempunyai Kualiti Sperma Yang Lemah.



iklan responsive


Setiap lelaki mengidamkan bentuk tubuh yang sasa dan berotot, tidak kurang juga bagi wanita yang mengimpikan suami yang “sado” tanpa mengetahui risiko yang bakal di hadapi orang lelaki sado iaitu kualiti sperma yang lemah dan abnormal.

Sudah lama AM tidak berbicara mengenai isu kesihatan lelaki mahupun isu kesihatan wanita yang menjadi niche blog AlongMisuari.com. Kali ini AM berpeluang untuk berkongsikan mengenai isu kesihatan lelaki yang berkaitan dengan masalah kesuburan yang masih ramai lagi mengambil mudah mengenainya.

Gaya Hidup Jejas Kesuburan

Lebih daripada 15 peratus pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan, mereka tidak berpeluang untuk mendapat cahaya mata walaupun selepas melakukan hubungan kelamin.

Kajian oleh Tulane University School of Public Health and Tropical Medicinemenunjukkan, situasi itu berlaku kerana ketidaksuburan lelaki yang disebabkan rendahnya pengeluaran sperma.

Selain itu, fungsi sperma abnormal, penyumbatan pada saluran sperma, penyakit, kecederaan dan masalah kesihatan kronik antara punca masalah itu terus berlaku. Malah pilihan gaya hidup tidak sihat juga berperanan besar dalam isu kesuburan lelaki.

Kesan Mati Pucuk

Mati pucuk adalah ketakutan utama bagi kaum lelaki. Tetapi hari ini ramai yang mengalami masalah ini tetapi tidak sedar atau masih lagi ego untuk berjumpa dengan doctor.

Hasil kajian mendapati, kira-kira 23 peratus kes difungsi erektil pada lelaki boleh dikaitkan dengan amalan merokok. Jurnal Psychiatry India juga mendapati, minum alcohol secara rutin dapat mengurangkan tenaga libido selain meningkatkan potensi lelaki mati pucuk.Lelaki Bertubuh Sasa MempunyaiKualiti Sperma Yang Lemah

Bagaimanapun, pengasas dari Tulane University School of Public Health and Tropical Medicine, sebuah perkhimatan yang menghubungkan pesakit dengan doctor dan klinik kesuburan yang terkemuka di Amerika Syarikat mendedahkan masalah kesuburan bukan sahaja berpunca daripada merokok dan alcohol tetapi sinaran matahari yang mengandungi bahan kimia berbahaya berpotensi membantutkan kesuburan.

Sementara pelindung matahari melindungi kulit daripada kesan sinaranultra violet (UV) yang berbahaya, sebuah kajian baharu menunjukkan, bahan kimia yang ditemui di beberapa tabir suria, seperti benzofenon, boleh mengganggu fungsi sel sperma.

Ini berikutan, penapis di dalam pelindung matahari berupaya menembusi kulit, menyerap ke aliran darah dan memberi kesan kepada hormone seks wanita, progesterone.

Penggunaan pelindung matahari dengan penapis UV fizikal yang memberi perlindungan tanpa kesan sampingan adalah di galakkan. Penapis UV fizikal termasuk mengandungi oksida dantitanium dioksida adalah mineral yang dijumpai secara semulajadi pada alam persekitaran.

Terlalu Aktif Bersukan

Gaya hidup lelaki yang mahu memiliki tubuh yang sasa tetapi melalui dan menjalani latihan secara berlebihan boleh menurunkan jumlah sperma. Sukan seperti berlari dibolehkan, tetapi jangan menyeksa diri yang berupaya membuat anda tertekan, sekali gus mengurangkan kualiti sperma anda.

Bersukan sehingga keletihan boleh menciptakan tekanan oksidatif yang menjadi pendorong utama kepada disfungsi sperma, menurunkantestosterone dan meningkatkan hormon tekanan kortisol.

Justeru, pastikan anda melalui program latihan dengan tepat, iaitu cukup hanya dengan senaman dalam masa dua hingga lima jam.

Elakkan Pengambilan Ubat Berlebihan

Selain itu, pengambilan makanan tambahan atau ubat-ubatan yang membahayakan kesuburan sangat dilarang. Misalnya, rawatan kesuburan rambut memang dapat meningkatkan jumlah folikel rambut anda, tetapi sayangnya boleh mengurangkan jumlah sperma.

Sejumlah kandungan dalam makanan tambahan atau ubat penyubur rambut boleh menurunkan kadar hormon lelaki, yang memberi kesan kepada kemampuan tubuh dalam menghasilkan sperma.

Beberapa ubat antihipertensi dan anti kemurungan juga boleh menyebabkan disfungsi erektil. Jadi pastikan anda berunding dengan doctor sebelum mengambil ubat berkenaan.

Lelaki juga boleh mengurangkan potensi ketidaksuburan sperma menerusi seluar dalam yang tidak ketat dan fabric berasaskan kapas. Pakaian ketat atau tidak serap peluh boleh menyebabkan buah zakar terlalu panas yang boleh menyebabkan turunnya jumlah sperma dan berpotensi menyebabkan masalah ini.

Jadi pastikan seluar atau seluar dalam anda mempunyai peredaran udara yang baik serta pergerakan kaki menjadi selesa. Kajian itu juga mendapati lelaki yang hidup dalam tekanan menyebabkan kualiti sperma kualiti air mani menjadi rendah berbanding lelaki yang menikmati kehidupan dengan positif.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat AM untuk dapat menjalani kehidupan yang sihat untuk kesuburan sperma bagi menjamin zuriat keturunan yang sempurna.

sumber : Along Misuari

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "Khas Untuk Kaum Lelaki! Lelaki Bertubuh Sasa Mempunyai Kualiti Sperma Yang Lemah. "

Post a Comment