iklan responsive
Berikut adalah 16 nama syaitan dan tugasannya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat islam .
1. Abyadh
Tugasnya: menggoda para nabi dan rasul yang di utuskan kepada manusia. Merupakan syaitan yang paling berat godaan dan memiliki sikap yang buruk.
2. A’awar
Tugasnya: menggoda orang-orang yang berpangkat, berjawatan besar, atau pemerintah untuk bertindak zalim. Timbulnya rasa takbur dengan jawatan. Membiarkan orang bawahan hidup dalam keadaan susah dan tanpa pembelaan. Tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias wanita agar lelaki tergoda dan manakala lelaki bertindak untuk menggoda wanita untuk didekati.
3. Dasim
Tugasnya: membuatkan sepasang suami isteri itu agar bergaduh hingga bercerai. Menyuruh manusia marah bukan pada tempatnya dan marah tersebut membawa kepada dosa. Juga membuatkan hubungan adik-beradik itu bertengkar, bermasam muka hingga menyebabkan berpecah belah.
4. Miswat / maswat
Tugasnya: mendekatkan manusia dengan maksiat, berbuat maksiat dan lebih cenderungkan manusia ke arah maksiat. Melengah-lengahkan berbuat amal soleh dan gemar membawa berita yang dusta dan gosip liar.
5. Khannas
Tugasnya: membuatkan seseorang makhluk itu timbul rasa was-was terhadap adanya Allah, perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia untuk mengingati Allah sepanjang masa.
6. Murrah
Tugasnya: mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka serta pengikut dan pendengarnya. Mengganggu ahli-ahli ibadat semasa mengambil wuduk agar membazir yakni menggunakan banyak air ketika berwuduk.
7. Khinzab
Tugasnya: Mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang dengan membuatkan manusia berwas-was dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan keyakinan terhadap agama islam.
8. Lakhus
Tugasnya: mengajak manusia untuk menyembah benda lain selain Allah.
9. Sabrum
Tugasnya: mengajak manusia kejalan yang tidak benar dan membuatkan seseoran itu tidak sabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah.
10. Hafaf
Tugasnya: mengajak manusia berbuat maksiat, mengambil minuman yang memabukkan dan berfoya-foya
11. Zalitun
Tugasnya: melalaikan manusia ketika berbelanja tanpa had sehingga boros dan fikiran hanya ingat pada makanan sahaja
12. Walahan
Tugasnya: menimbulkan rasa was-was seseorang ketika mengambil wuduk dan beribadat
13. Watin
Tugasnya: mendekati kepada orang-orang yang terkene musibah supaya bersangka buruk pada Maha Pencipta-Nya
14. Masud
Tugasnya: Menghasut manusia supaya mengumpat, fitnah dan adu domba . Suka berdendam sesama manusia
15. Laqnis
Tugasnya: mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga menjadi ragu-ragu dan tidak sempurna
16. Zaktabur/zaknabur/zalanbur
Tugasny: mewujudkan rasa ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang Allah berikan kepadanya.
Sumber: Nakbebel
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "Syaitan Merupakan Makhluk Yang Pasti Akan Dihumban Ke Neraka, Ini 16 Nama Syaitan Dan Tugasnya."
Post a Comment