iklan responsive
Evita Delmundo adalah seorang gadis berasal dari Borneo, Malaysia yang dilahirkan dengan penuh tahi lalat diseluruh tubuh badannya. Mulai dari kaki, badan, sehingga leher dan wajahnya dipenuhi tahi lalat.
Laporan daripada Koreaboo memetik, wanita berusia 20 tahun ini sempat mengalami masa-masa susah dalam hidupnya kerana mempunyai banyak tahi lalat yang dapat dilihat dengan jelas di seluruh tubuhnya. “Saya sering dibuli semasa sekolah, kawan-kawan memanggil sebagai ‘Raksasa’ atau ‘Chipsmore’,” ujar Evita.
“Untuk kanak-kanak yang masih lagi kecil, tentu sahaja dibuli itu bukan perkara yang mudah,” katanya. “Saya menjadi seorang yang pemalu dan pendiam kerana saya tak tahu bagaimana cara hendak menghadapinya,” sambung Evita.
Evita Delmundo pernah berjumpa doktor untuk membuang tahi lalat tersebut. Namun, ternyata niatnya itu sangat merbahaya kepada kesihatannya.
Pada mulanya saya sangat mahu membuang tahi lalat yang ada di seluruh badan saya, tetapi setelah berjumpa dengan doktor, ianya sangat berbahaya,” katanya. “Jadi saya perlu redha dan terima sahaja, tetapi sekarang saya sangat bersyukur dan tidak pernah mengubah apapun,” ungkapnya. Evita kini lebih yakin dengan dirinnya dengan tubuhnya dan ingin memberi inspirasi untuk orang ramai.
Dan sekarang kehidupan Evita Delmundo telah berubah 180 darjah dari sebelum ini. Dulunya dia adalah seorang yang sangat pemalu tetapi sekarang menjadi berani sehingga dia berani untuk masuk kedalam dunia modelling. Bahkan dia baru sahaja pergi uji bakat Miss Universe Malaysia 2018 dan sudah mendapat pengakuan dari pihak Miss Universe.
Terlepas dari semua ujian yang dihadapinya, kini Elvita sudah menjadi seorang pemenang di mata setiap perempuan. Dirinya secara tak langsung telah memberi inspirasi bahawa setiap orang memiliki kecantikan diri mereka masing-masing.
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "Sering Kena Buli Kerana Mempunyai Tahi Lalat Di Seluruh Tubuhnya, Kini Kisah Hidup Gadis Ini Menjadi Viral! Jom Ikuti Kisah Ini."
Post a Comment