loading...

Pernahkah Anda Mengalami Tanda-tanda Seperti Ini? Inilah 11 Tanda Kehadiran Makhluk Halus Berada Di Sekitar Kita.



iklan responsive


Percaya atau tidak, hidup kita bukan hanya bersama dengan makhluk hidup yang lain. Terdapat pula makhluk lain yang sering disebut makhluk asrtal atau halus. Secara pandangan kasar makhluk-makhluk itu memang tidak terlihat. Namun, mereka boleh sahaja berada di sekitar kita.

Mereka boleh saja tertarik dengan kita, atau secaratidak langsung tubuh kita menarik minat mereka uuntuk didampingi .Secara sedar tidak sedar mereka boleh saja mengikuti dan berdamping tanpa diketahui. Jika anda terasa tanda-tanda yang mencurigakan seperti di bawah ini, tidak mustahil anda salah seorang golongan yang di dampingi tanpa disedari. lihatlah tanda­-tanda berikut:

1. Merasa Diperhatikan
Paling mudah, ketika kamu berasa tiba­-tiba ada yang memerhati  ketika berada dalam suatu ruangan atau tempat.Bukan hanya dalam satu lokasi, tapi kamu juga berasa diperhatikan saat pergi dari satu tempat ke satu tempat. Itu tandanya ada sesuatu yang telah mengekori kita.

2. Suasana Panas dan Dingin Cepat Berganti
Makhluk halus boleh memberikan hawa panas maupun dingin serentak. Maka, bila terjadi perubahan signifikan dalam waktu cepat, maka boleh dipastikan ada yang mengikuti atau tiba­-tiba hadir. Ingat, mereka tidak akan selalu beradaberhampiran, tapi boleh memerhati dari jauh.

3. Perubahan perilaku haiwan di persekitaran
Haiwan dikenal lebih ‘peka’ untuk hal-­hal seperti ini berbanding manusia. Maka, haiwan yang berada di sekitar kita pasti akan bertindakbalas seperti menyalak atau terus mengeluarkan suara takut saat melihat kita.

4. Merasa Disentuh Atau Tidak sengaja menyentuh
Ini tahap berikutnya ketika makhluk tersebut sudah memiliki keinginan untuk membuat kita sedar akan kewujudannya. Mereka akan berusaha bertindak balas dengan kita secara fizikal.Boleh secara sengaja menghampiri kita kemudian apabila kita bergerak, terasa seolah-olah kita disentuh oleh sesuatu atau kita terasa menyentuh sesuatu yang asing.

5. Meremang
Memang ini bukan hal yang spesifik, tapi meremang merupakan salah satu tanda. Meremang yang bukan biasa tetapi sehinggakan bulu roma pacak berdiri. Tidak mustahil mereka ada berhampiran kita. Berjaga-jaga.

6. Merasa Berat
Ini adalah tahap lebih jauh yang dilakukan oleh makhluk halus itu. Makhluk halus itu mula melakukan tindak balas dengan kita secaara fizikal. Makhluk tersebut ingin berdamping dengan anda dan cuba menumpang pada jasad anda. Mereka boleh bertenggek di atas bahu, melekat di belakang atau sebagainya yang kita tidak nampak sehinggakan kita merasa berat dan malas untuk melakukan kerja-kerja rutin.

7. Berbau wangi dan busuk muncul tiba-tiba
Ada juga yang memberi isyarat melalui bau yang wangi seperti bunga-bunga dan ada yang berbau busuk seperti telur busuk atau bangkai secara tiba-tiba. Tidak hairanlah jika orang tua-tua dulu selalu pesan supaya tidak menegur bau-bauan aneh ini, tidak mustahil datangnya dari makhluk yang kita tidak nampak berhampiran dengan kita.

8. Suara Aneh
Kedengaran suara-suara ganjil dan aneh di sekitar kita seperti siulan, jeritan,haiwan dan sebagainya. Ada juga yang kedengaran bisikkan di telinga seolah-olah memanggil kita atau seperti suara orang kita kenali. itu salah satu petanda bahawa makhluk itu sangat dekat dengan kita.

9. Kejadian Ganjil Setelah Kamu Datangi Tempat Itu
Misalnya kita pergi ke dapur untuk mengambil cawan yang berisi air. Tiba-tiba cawan yang ingin di ambil tiada di tempat sepatutnya tetapi telah berubah di tempat yang lain. Itu tanda-tanda jelas yang menunjukkan makhluk tersebut wujud berhampiran kita.

10. Mimpi Tentang Makhluk Tersebut
Makhluk itu bukan sahaja melakukan interaksi secara fizikal atau sedar untuk membuktikan kewujudan mereka. Mereka juga diberi kelebihan untuk masuk ke dalam mimpi manusia dan memberi isyarat mengenai kehadirannya dan adakalanya makhluk tersebut akan menindih badan kita ketika tidur.

11. Terakhir, Kamu Melihat kelibat atau bayangan makhluk itu sendiri.
Peringkat ini di mana makhluk tersebut sudah berani menunjukkan kelibatnya dan ada di antaranya akan menyerupai makhluk-makhluk yang mengerikan. ini bermakna makhluk tersebut memang betul-betul berdamping dengan kita atau telah menjadi penunggu di sesuatu tempat yang kita selalu kunjungi.

Semua yang hidup adalah kepunyaan Allah s.w.t, jangan kita gentar dan takut. Yakinlah dengan kekuasaan dan pertolongan Allah ketika kita berada di dalam situsi di atas. Solat, zikir dan amalan soleh dapat menjadi benteng dan pelindung diri dari segala godaan dan gangguan iblis dan syaitan.

Wallahua’lam.

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "Pernahkah Anda Mengalami Tanda-tanda Seperti Ini? Inilah 11 Tanda Kehadiran Makhluk Halus Berada Di Sekitar Kita."

Post a Comment