loading...

Kaum Wanita Wajib Baca! Kamu Cantik Kerana Kamu Wanita Muslimah. Kenapa Perlu Ubah?



iklan responsive


Tahu tak apa masalah wanita pada zaman kita sekarang?
Masalah low self-esteem.
Kurang keyakinan diri. Ya dan masalah ini serius!

Mereka merasakan bahawa diri kurang daripada orang lain.
Mereka merasakan diri tidak secantik dan sesempurna orang lain.

Kenapa aku rendah?
Kenapa aku gemuk?
Kenapa aku kurus?
Kenapa aku begini dan begitu?

Majoriti wanita akan complaint pasal diri mereka. Penampilan mereka. Wajah mereka. Dan ada sahaja yang tidak memuaskan hati. Semuanya ingin up-to-date. Sehinggakan masing-masing bertanding untuk kelihatan cantik.

Tetapi persoalannya mengikut standard siapa?

Television?
Movie?
Society?
Reality show?
Media?
Social networking?

Kalau betul semua itu panduannya, itu bererti minda kita belum lagi merdeka. We are being enslavement!

We are under intellectual forcing!

Kita ‘dipaksa’ untuk memakai apa yang barat pakai tetapi dalam cara yang lebih bijak dan intellectual. So, tak nampak macam dipaksa tetapi sukarela, kan.

Contohnya:

Pakai high heel. Korbankan kaki yang sakit demi untuk cantik.
Pakai mini skirt. Lagi singkat lagi ok.
Pakai pakaian ketat dan singkat. Katanya mengikut trend.
Free hair. Kononnya hak individu.
Warnakan rambut. Sebijik orang barat.
Make up tebal untuk tujuan tingkatkan confidence level.

Semua ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Dan kita bercakap tentang wanita yang beragama Islam. Betapa ramai wanita yang terpedaya dengan ideologi barat dan semoga kita wanita muslimah tidak terpengaruh dengan pengaruh yang bertentangan dengan Islam.

Not you!

Kita sebagai muslimah tidak salah untuk kelihatan cantik kerana itu fitrah wanita. Ingin kelihatan cantik. Akan tetapi biarlah kita mengikut standard kita tersendiri.

Berpandukan Al-Quran dan sirah.

Tidak salah untuk kelihatan cantik kerana Allah juga telah menciptakan wanita itu cantik.

Allah bukan sekadar menciptakan wanita.
Malah Allah turut memperindahkan penciptaan wanita.
Kamu cantik sebagaimana diri kamu.

You are beautiful just who you are!
Tidak perlu untuk menjadi orang lain.

Allah dah kata kamu cantik. Tapi kenapa kamu fikir kamu tak cantik?
Allah telah memilih wajah kita sesuai dengan diri kita. Tapi kenapa kita tidak yakin dengan wajah pilihan Allah?

Malah kita hendak menutupinya dengan make up yang tebal sehinggakan wajah asal kita berubah.

Kita harus bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Kita perlu menghargai dan respect diri kita. Jika kita tidak menghargai diri kita, ibarat kita tidak menghargai Allah kerana Dia yang menciptakan diri kita.

Analoginya simple.

“Jika kita menghina sesebuah lukisan, ibarat kita menghina pelukis lukisan tersebut. Jika kita menghina ciptaan Allah? Ibarat kita menghina Allah.”

Berat bukan tuduhan itu? Siapa yang berani menghina Allah?

Yang pasti bukan kita!

Jaga-jaga kerana musuh kita iaitu syaitan akan sentiasa menggoda kita supaya tidak bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Dia akan menggoda kita supaya kita sentiasa dalam keadaan tidak puas hati dengan nikmat Allah.

Aku berharap aku cantik macam dia.
Aku berharap aku kaya macam dia.
Aku harap aku pandai macam dia.

Jangan pernah berharap untuk mendapat apa yang orang lain ada. Kita tidak perlu untuk menjadi orang lain. Hanya ada satu watak kita dalam hidup ini. Jalaninya dengan sebaik mungkin.

Apa yang kita ada tidak akan kekal lama. Kita akan menjadi tua. Semuanya akan hilang.

Wajah.
Usia.
Kekuatan
Kesihatan.

Semuanya akan berlalu pergi seiring dengan perjalanan masa. Oleh itu, jangan fokuskan hidup kita untuk benda yang tak kekal.

Apa yang Allah beri untuk kita, kita gunakan sebaik mungkin. Manfaatkan sebaiknya mengikut apa yang Allah suruh supaya kita dapat untung di dunia dan juga dapat hasil di akhirat.

Kita nak cantik. Tetapi untuk siapa?
Allah atau ajnabi?

Tepuk dada tanya iman.

“Islam has raised the status of women from below the earth to so high that paradise lies at her feet.”

Kamu begitu berharga kerana Islam.

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "Kaum Wanita Wajib Baca! Kamu Cantik Kerana Kamu Wanita Muslimah. Kenapa Perlu Ubah?"

Post a Comment