iklan responsive
Setiap manusia pasti akan kencing dalam sehari. Sama ada kerap atau tidak, itu bergantung kepada tahap kesihatan tubuh masing-masing. Pelbagai cara dan pelbagai tempat mereka gunakan terutamanya lelaki untuk memancutkan air seni tersebut.
Ada yang berdiri, separuh berdiri, duduk, lepas dekat longkang, semak dan lain-lain. Namun ramai yang ambil endah tak endah tentang keburukan kencing berdiri. Perbuatan ini Nabi Muhammad S.A.W dah larang berdekad lamanya dahulu dek kerana keburukannya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri”.
Jom! Mari kita lihat kesan negatif daripada tabiat kencing berdiri:
1. Tabiat kotor
Kencing atau buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian anda terganggu, lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam. Apabila anda buang air kecil berdiri, air kencing tersebut tidak akan dapat keluar habis dan akan keluar tanpa disedari ketika anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar anda. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.
2. Air kencing tidak keluar secara maksimum
Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing tidak akan habis keluar. Mengapa? Ini kerana punci kencing anda tidak akan ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan akan ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil yang tidak keluar habis itu.
3. Punca batu karang
Lelaki lebih sinonim dengan penyakit batu karang. Antaranya puncanya ialah buang air kecil dalam keadaan berdiri. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing anda. Bagi yang pernah mengalami penyakit ini, anda pasti tahu azab menanggung batu karang ini. Jadi, cubalah ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat!
4. Gas daripada tubuh tidak keluar
Tahukah anda, ketika anda buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh akan keluar. Tapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan anda, menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.
5. Lemah syahwat
Perkara yang sangat ditakuti oleh lelaki ialah kurang “performance” ketika di ranjang atau lebih dikenali dengan lemah syahwat. Untuk mengelakkan perkara ini, jangan amalkan buang air kecil sambil berdiri kerana akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Amalkan gaya buang air kecil sambil duduk, iaitu dengan cara mencangkung dengan memberatkan peha kanan ke bawah. Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Bukan sahaja air kencing akan keluar hingga habis, kekuatan otot zakar juga akan terpelihara.
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "BAHAYA KENCING BERDIRI! WAHAI LELAKI SILA AMBIL TAHU!"
Post a Comment