loading...

Akibat Terlalu Taksub Untuk Kelihatan Cantik, Wanita Malang Ini Menanggung Kesakitan!



iklan responsive


Bab-bab kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dari insan bernama wanita. Ada juga segelintir wanita sanggup menahan sakit semata-mata ingin cantik lebih dari wanita lain. Soal sakit itu ditolak tepi dulu. Ada juga segelintir wanita suka diri mereka jadi perhatian orang sekeliling dan sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan perhatian.

Perkara yang tidak di ingini ini telah berlaku kepada seorang wanita yang berasal dari Selatan Thailand apabila kejadian buruk telah terjadi kepada dirinya. Apa yang dikatakan implan wanita berkenaan yang terlalu obses ingin hidungnya kelihatan mancung dan cantik menjadi suatu tragedi yang tidak akan pernah dia lupakan.

Mimpi ngeri itu berlaku apabila silikon yang tertanam di batang hidungnya tertonjol keluar akibat dari pembedahan hidung yang tidak menjadi itu dan pada masa yang sama dia telah memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak melakukan tindakan seperti yang dilakukan olehnya, kerana tidak menyelidik dengan betul latar belakang klinik berkenaan.


Menurut penjelasan dari wanita yang tidak mahu dirinya dikenali itu, pada mulanya dia telah menjalani satu pembedahan hidung itu di sebuah klinik yang berada di Bandar Hat Yai yang menawarkan harga yang murah untuk pembedahan hidung (Rhinoplasty).

Akibat dari pembedahan itu juga, wanita malang itu telah mendapat jangkitan dan ia juga menyebankan keradangan di bahagian yang dibedah. Paling menakutkan lagi, implan yang ditanam pada batang hidung itu tertonjol keluar dari atas batang hidungnya.

Wanita itu juga turut pergi ke klinik itu semula untuk menuntut ganti rugi yang telah berlaku pada dirinya. Apa yang lebih mengecewakan lagi, pihak klinik berkenaan tidak mahu bertanggungjawab dan bersikap lepas tangan di atas mana-mana pembedahan yang gagal.


Selepas kejadian malang terjadi kepada wanita malang ini viral di media masa, terdapat satu Klinik pembedahan Plastik di Bangkok turut bersimpati dengan apa yang telah menimpa wanita berkenaan dan turut menawarkan bantuan untuk memberikan rawatan serta mengeluarkan implan silikon yang berada dihidungnya tanpa mengenakan sebarang bayaran dikenakankan.


Kesan dari pembedahan yang gagal itu, wanita berkenaan telah mendapat satu lubang dan juga parut di bahagian hidungnya. Namun belum dapat dikenalpasti apakah wanita berkenaan akan memdakwa klinik berkenaan.


Jadikan perkara di atas sebagai peringatan dan pengajaran buat wanita-wanita yang terlalu taksub untuk kelihatan cantik. Seharusnya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Tuhan sudah sediakan. Janganlah kita sewenang-wenangnya menukar ciptaan yang Esa.Sudah pasti ia akan mendatangkan banyak keburukan pada diri sendiri.

Sumber: Mirror.co.uk

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "Akibat Terlalu Taksub Untuk Kelihatan Cantik, Wanita Malang Ini Menanggung Kesakitan!"

Post a Comment