iklan responsive
Kenapa anda perlu minum air lemon setiap pagi? Ada orang kata air lemon ni bagus untuk kesihatan, tapi sejauh mana sebenarnya kebaikan air lemon? Adakah anda sekadar ikut-ikut sahaja kawan-kawan yang kongsikan di sosial media menyebabkan anda percaya air lemon ni penuh kebaikan?
Awal-awal dulu, saya pun sebegitu. Saya ingat air lemon ini hanya sekadar air yang sesuai yang diminum setiap pagi. Jadinya saya amalkan secara konsisten pagi, dan kekadang sebelum tidur.
Baru saya sedar selepas saya lihat sendiri kesannya kepada diri saya, rupa-rupanya air lemon jika diminum setiap pagi sangat bagus untuk kesihatan. Mari saya kongsikan dibawah.
Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan
1. Membantu menguruskan badan secara semula jadi
Minum air lemon setiap pagi sangat membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen berdasarkan kajian yang sudah terbukti. Ini berlaku disebabkan oleh organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar. Apabila proses ini lancar, anda akan mengalami pengurusan berat badan dengan pantas.
2. Meningkatkan hidrasi dan memberikan tenaga
Jika anda jenis yang kurang minum air atau tidak boleh minum air dengan kuantiti yang banyak setiap hari atas saranan doktor, pengambilan air lemon walaupun dengan kadar sedikit mampu membantu tubuh anda kekal terhidrat sepanjang hari. Secara tidak langsung, badan anda juga akan rasa lebih bertenaga.
3. Membantu proses penyingkiran toksin (detoksifikasi)
Ini antara kebaikan yang menjadi kegemaran ramai orang. Air lemon merupakan diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggan serta penghasilan enzim untuk detoks pada organ hati.
Organ hati yang diketahui umum merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh manusia. Oleh itu, apabila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap.
4. Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C pada lemon sangat memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat, dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Selain itu, vitamin C juga diperlukan untuk penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan keremajaan kulit.
5. Membantu penghadaman dan mudah lawas
Air suam bersama lemon sudah terbukti membantu merangsang saluran penghadaman atau lebih dikenali secara santifiknya dengan merangsang pengerakan usus (bowel movement). Menurut kajian lagi, lemon dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.
6. Menyokong sistem imun
Sistem imum yang lemah akan mengakibatkan pelbagai penyakit yang tidak diingini. Oleh itu, kandungan vitamin C tinggi yang terdapat di dalam setiap buah lemon membantu meningkatkan sistem imun setiap badan manusia untuk kekal sihat.
7. Mengalkalikan tubuh
Tubuh manusia setiap hari boleh menjadi terlampau berasid apabila pemakanan tidak dijaga dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Apabila badan berasid, selain daripada mengganggu pelbagai fungsi yang baik dalam badan, tubuh kita juga sebenarnya sudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Hati hati.
Lemon yang kita semua tahu bersifat asid dan mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah kita apabila diambil setiap pagi. Ini sangat-sangat membantu anda untuk memastikan keseimbangan pH sentiasa terpelihara, terutamanya jika anda gemar makan makanan seperti daging, keju, dll.
Apa pandangan anda pula? Adakah dengan minum air lemon setiap pagi bagus untuk kekal sihat?
Sumber: Majalah iSihat edisi September 2014
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi untuk Kesihatan. Jom Kongsi Bersama."
Post a Comment