iklan responsive
Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.
Kalau calon isteri kau ada 7 perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang, antaranya :
1. Minat menyimpan wang
Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.
2. Tak apa jika kau ajak makan kedai biasa-biasa
Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.
3. Naik kereta secondhand kau pun dia tak segan
Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.
4. Tak minta hadiah mahal
Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.
5. Nak buat kenduri kahwin biasa-biasa saja
Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.
6. Tak minta nak bercuti sana sini sebelum kahwin
Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.
7. Gaji kau sikit
Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.
Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula. Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.
Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit. Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!
Oleh: Amir Syahir/blogmazeer
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "PERHATIAN UNTUK KAUM LELAKI! JANGAN LEPASKAN PEREMPUAN YANG ADA 7 PERKARA INI WAHAI LELAKI!"
Post a Comment