loading...

HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT BAGI UMAT ISLAM LELAKI DAN PEREMPUAN.



iklan responsive


Mewarnakan rambut kini sudah menjadi fesyen, bukan sahaja untuk kaum wanita, tetapi juga kaum lelaki untuk nampak cantik atau kacak bagi kepuasan hidup.

Ada di kalangan kita yang bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang ada rupa, kerana itu kita sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan menarik dengan pelbagai pengubahan penampilan diri termasuklah tubuh badan, muka dan yang paling menjadi trend sekarang adalah mewarna rambut.

Kalau dulunya mewarna rambut hanya dilakukan oleh selebriti, namun kini trend tersebut turut menjadi ikutan oleh golongan muda mudi terutamanya Melayu-Islam.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, mewarnakan rambut boleh tetapi dengan syarat. Mesti rambut sudah tumbuh uban dan menggunakan pewarna yang tidak menghalang air sampai kepada rambut. Namun, bagi perempuan sahaja, disyaratkan ada suami dan mendapat keizinan daripada suami.

“Bagi kaum lelaki yang ingin mewarnakan rambut tanpa sebab, hukumnya tidak boleh kerana mengubah ciptaan Allah. Walaupun tidak kekal, tetapi berkaitan mewarna rambut disebut jelas tidak boleh.

“Jika beruban hukumnya sunnah Nabi, kerana Nabi menginaikan rambut dan janggut Baginda yang beruban dengan warna merah.

“Bagi perempuan yang sudah beruban, Imam Nawawi berkata hukumnya adalah sunat kerana menarik perhatian suami, jika mahu tarik perhatian lelaki lain hukumnya adalah haram,” ujarnya.

Digalakkan agar mewarnai rambut yang beruban dengan menggunakan inai atau sejenisnya yang membuat warna rambut menjadi merah atau kuning.

Rasulullah S.A.W pernah mewarnai rambut beliau dengan warna merah. Berdasarkan hadis riwayat Muslim, ada menyebutkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq R.SA mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katam (sejenis tumbuhan untuk mewarnai rambut).

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya bahan terbaik untuk mewarnai uban kamu ialah inai dan al-katam.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam An-Nasa’i dan Imam At-Tarmizi, dan dinayatakan sahih oleh beliau).

Kaum lelaki adalah tidak dibenarkan mewarnai janggutnya dengan warna hitam. Hukum ini berdasarkan dari dalil-dalil yang melarangnya. Imam Abu Daud meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau berkata:

Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah S.A.W pada hari penaklukan kota Makkah dalam keadaan putih rambutnya. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Warnailah ubannya dan hindarilah penggunaan warna hitam!” (Hadis Riwayat Imam Muslim, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

Imam Ahmad, Abu Dawud dan An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas R.A bahawa beliau berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

“Akan ada kelak di akhir zaman suatu kaum yang mewarnai rambut mereka dengan warna hitam bagaikan anak-anak burung merpati, mereka tidak akan mencium aroma (bau) syurga.”

Namun dianjurkan agar mewarnai rambut dengan selain warna hitam berdasarkan hadis Jabir terdahulu. Tetapi, kenapa Rasulullah S.A.W melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam?

Menurut Sheikh Dr. Muhammad Salah, Rasulullah S.A.W mengegahnya kerana warna hitam bersifat menipu, ia akan menyebabkan seseorang itu kelihatan muda 20 atau 30 tahun. Contohnya seperti seseorang yang ingin melamar perempuan dengan rambut yang kelihatan muda.

Namun, tidak dilarang mewarnakan rambut warna hitam jika seseorang itu yang berada dalam tentera dan mahu ke medan perang, supaya musuh Islam gerun apabila melihat semua tentera Islam muda dan kuat.

ikalan saiz 250




loading...

0 Response to "HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT BAGI UMAT ISLAM LELAKI DAN PEREMPUAN."

Post a Comment