iklan responsive
Hukum Menggantung Gambar.
Hukum menggantung gambar2 bernyawa pada dinding2 rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk kedalam rumah.
Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohihnya sebuah hadith dari A'isyah r.a. bahawa Rasul Allah sa.w. bersabda: 'Sesungguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yang ada didalamnya gambar. Dan barang siapa yang membuat gambar akan diazab pada hari kiamat maka disuruh supaya ia hidupkan apa yang ia buat itu'.
Berkata Imam Manawi: 'Yg dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yang mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon2 kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah. Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam'.
Jadi gambar yg diharamkan gantung pada rumah2 itu ialah gambar2 makhluk bernyawa samada separuh atau penuh.Dan tidak mengapa gantung gambar2 yg bukan makhluk bernyawa seperti gambar kapal,pohon kayun dan seumpamanya.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku "Seni Dalam Islam", hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng. .
Hukum mempamerkan gambar.
Qardhawi (Fatawa mu'asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya. Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Namun, pendapat di atas lebih kontemporeri dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kpd pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh'.
Setengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dan lain-lain.
Pendapat saya, yang amat jahil dan lemah ini boleh gantung (tidak termasuk menyimpan)gambar manusia dengan tujuan seperti utk kenangan, memberi inspirasi, mengingatkan kita kepada tuhan. Tetapi kalau sampai riyak atau pemujaan atau mengagungkan dan lain-lain, maka diharamkan manakala gambar binatang tidak ada sebab utk kita gantung. Apa2pun, setiap sesuatu yang halal atau dibenarkan itu bergantung kepada niat pelakunya. Ia boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat dan syirik.
ikalan saiz 250
loading...
0 Response to "Hukum Menggantung Dan Mempamerkan Gambar.. Jom Sebarkan.."
Post a Comment